Social Media
news from mission
Back
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H di Rumah Malaysia, Vienna
28 Syawal / 26 April - TYT Ambassador Ikram Bin Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Austria dan isteri, Puan Noor Azida Binti Azmi telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H di Rumah Malaysia, Vienna.
Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang warganegara Malaysia yang bermastautin di Austria dan Slovakia serta Friends of Malaysia. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional seperti nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, acar buah, jelatah, ketupat palas, serondeng daging dan ayam, nasi himpit, kuah kacang serta pelbagai kuih-muih tradisional dan biskut raya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis ini, khususnya pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar dan Perutusan Tetap Malaysia di Vienna serta anggota PERWAKILAN Vienna.



