Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Republik Slovak, CTBTO, UNIDO, IAEA, UNOV, IACA
MISSION INFO
Address:
24th Floor, Florido Tower Floridsdorfer Hauptstrasse 1-7
 A-1210
Vienna
Telephone: +43 -1- 505 1042
 
Fax: +43 -1- 505 7942
Email: mwvienna@kln.gov.my, embassy@embassymalaysia.at
GMT: + 1 hrs (October - March), + 2 hrs (April - September)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 9.00 a.m - 5.00 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

News From Mission News From Mission

Back

Atlet Kurang Upaya Julang Nama Malaysia di Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk 2017 di Austria

Empat (4) atlet kurang upaya Malaysia telah menjulang nama Malaysia di Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk 2017 yang berlangsung di Austria dari 18 hingga 24 Mac 2017 dengan pungutan enam pingat iaitu tiga pingat emas, dua pingat perak, satu pingat gangsa dan tiga riben tempat ke-4.  Temasya sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun sekali ini adalah khusus bagi atlet kurang upaya intelektual.  Kontinjen Malaysia telah diketuai oleh Puan Lam Saw Yin dan diiringi dua jurulatih iaitu Puan Chong Chui Moi dan Puan Sundai Anak Rekan.

 

Atlet negara telah bertanding dalam sukan Snowshoeing di dalam bahagian yang ditentukan mengikut keupayaan intelektual masing-masing.  Atlet Norysuhadatul Aulia binti Saidina Maarufi telah meraih dua pingat emas melalui bagi kategori 100 meter dan 200 meter wanita.  Atlet Noraini binti Zakaria meraih satu pingat emas bagi kategori 200 meter dan tempat ke-4 bagi kategori 100 meter. Atlet Danish bin Rosli pula telah meraih dua pingat perak bagi 100 dan 200 meter lelaki.  Atlet Muhammad Umar Hafiy bin Mohd Firuz pula berjaya mendapat tempat ke-empat bagi kedua-dua kategori. Selain itu, pasukan negara juga telah meraih pingat gangsa dalam kategori 100 meter berganti-ganti.

 

Perbarisan masuk kontinjen negara di majlis perasmian temasya sukan tersebut pada 18 Mac 2017 di Planai Stadium, Schladming, Austria telah di kepalai oleh Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood (bekas pengasas MERCY Malaysia).

 

TYT Dato’ Adnan Othman, Duta Besar Malaysia ke Austria telah sempat bertemu kontijen negara dalam satu majlis resepsi di Vienna, Austria pada malam 15 Mac 2017, dan telah meraikan kejayaan atlet negara dalam satu majlis makan tengahari di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Vienna, pada 25 Mac 2017 sebelum mereka berlepas pada jam 2.55 petang (waktu Vienna) hari yang sama.  Kontinjen negara dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan Emirates EK346 pada hari Ahad 26 Mac 2017 jam 3.05 petang (waktu Malaysia).

 

Kedutaan Besar Malaysia di Vienna, Austria

25 Mac 2017