Embassy of Malaysia in Austria &
Permanent Mission of Malaysia to the United Nations and
other International Organisations in Vienna
(concurrently accredited to the Slovak Republic)
For enquiries / feedback: https://kln.spab.gov.my/eApps/system/index.do |
News From Mission
Garis Panduan Bagi Pengundian Pos di Luar Negara
Kepada semua rakyat Malaysia yang telah membuat pendaftaran untuk melaksanakan undian secara pos di Austria. Mohon untuk ambil maklum mengenai pelaksanaan pengundian secara pos sepertimana yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti berikut:
Jaminan bahawa kertas undi akan diterima oleh pengundi sebelum hari pengundian
Setelah kertas undi diterima, pengundi hendaklah menanda kertas undi tersebut dan menghantarnya kembali dengan kadar segera menggunakan Sampul Keutamaan B yang disediakan.
Kaedah pemulangan semula kertas undi kepada SPR
Penghantaran kertas undi boleh dilakukan melalui mana-mana perkhidmatan kurier di Austria. Kos penghantaran adalah atas tanggungan pengundi.
Alamat untuk penghantaran kertas undi kepada pengundi oleh SPR
Kertas undi akan dipos kepada pengundi oleh Pos Malaysia berdasarkan kepada alamat yang diberikan oleh pengundi di Bahagian B dalam Borang 1B.
Tarikh akhir kertas undi perlu diterima oleh SPR
Tarikh akhir kertas undi perlu diterima oleh SPR adalah sebelum pukul 5.00 petang hari pengundian.
Sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pengundian pos di luar negara juga boleh diperoleh melalui laman sesawang SPR seperti berikut:
http://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara
Sekian, terima kasih.
Kedutaan Besar Malaysia di Vienna, Austria