Concurrently Accredited Missions: Grand Duchy of Luxembourg, European Union |
news from mission
HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.06 KUALA KUBU BAHARU, SELANGOR
Untuk makluman Tuan/Puan, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang bermesyuarat pada 4 April 2024 (Khamis) telah menetapkan 11 Mei 2024 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor.
Sehubungan itu, permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B - Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRK Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor telah mula dibuka pada 4 April 2024 (Khamis) dan akan ditutup pada 15 April 2024 (Isnin).
Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor; dan
- Tinggal di luar negara.
5. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.
6. Panduan permohonan undi pos. Sila klik di sini
Kedutaan Besar Malaysia
Brussels, Belgium