Skip to Content
Concurrently Accredited Missions: Grand Duchy of Luxembourg, European Union

Address

Kedutaan Besar Malaysia / Embassy of Malaysia/
Ambassade de Malaisie / Ambassade van Maleisiƫ
Avenue de Tervueren, 414A
 Brussels

Contact Us

+322 776 0340
Outside Office Hour / Emergency +32 477 32 07 86
+32 276 25 049
mwbrussels@kln.gov.my

Operation Hours

Monday - Friday
9.00 a.m - 5.00 p.m
CLOSED :
Saturday & Sunday

Facebook Facebook

news from mission news from mission

Back

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.43 NENGGIRI, KELANTAN

Kehadapan Rakyat Malaysia di Belgium dan Luxembourg,

Untuk makluman Tuan/Puan, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang bermesyuarat pada 28 Jun 2024 (Jumaat) telah menetapkan 17 Ogos 2024 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan.

Sehubungan itu, permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B - Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRK Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan telah mula dibuka pada 28 Jun 2024 (Jumaat) dan akan ditutup pada 23 Julai 2024 (Selasa).

Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

  • Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan; dan
  • Tinggal di luar negara.

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.

Kedutaan Besar Malaysia

Brussels


quicklinks quicklinks

mfa info mfa info