Archive Archive

Back

LAWATAN DELEGASI ISLAMIC RELIEF MALAYSIA DAN KREW TV AL-HIJRAH KE DHAKA, BANGLADESH

PYT Norlin Othman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi telah menganjurkan majlis makan tengahari di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi pada 26 Mei 2015 bagi meraikan ketibaan delegasi Islamic Relief Malaysia di Dhaka yang disertai oleh krew-krew TV Al-Hijrah.  Kumpulan Islamic Relief Malaysia yang berada di Bangladesh pada ketika itu sedang menjalankan misi kemasyarakatan iaitu rawatan katarak kepada golongan kurang berkemampuan di daerah Rangpur, Bangladesh.  Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama dari Kumpulan Islamic Relief di Bangladesh. Program ini juga telah mendapat liputan khas dari krew TV Al-Hijrah yang turut serta dalam misi berkenaan.