Archive Archive

Back

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H ANJURAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, DHAKA

DHAKA- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia pada 9 Januari 2015.  Antara jemputan yang hadir pada majlis tersebut adalah warga Malaysia yang bekerja di Bangladesh dan anggota-anggota Diplomat ASEAN yang beragama Islam. Program telah dimulakan dengan acara bacaan Surah Yasin, tazkirah, solat Maghrib secara berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan malam.  Program yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan ukhuwah di kalangan rakyat Malaysia di Dhaka dan anggota-anggota Diplomat asing lain yang beragama Islam.