Archive
TRAVEL GUIDANCE FOR MALAYSIANS IN BANGLADESH
Kepada rakyat Malaysia yang sedang berada di / bercadang ke Bangladesh, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh ingin berkongsi panduan keselamatan seperti berikut:
i. Elakkan kawasan awam yang mempunyai ramai warga asing / ekspatriat;
ii. Elakkan kawasan / jalan yang sunyi atau jauh dari pandangan awam;
iii. Senantiasa peka terhadap nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di media massa;
iv. Memeriksa dengan majikan / hos tempatan atau pun hotel berkenaan situasi keselamatan di kawasan semasa;
v. Mengehadkan perjalanan yang tidak diperlukan dan juga penggunaan kenderaan awam seperti beca;
vi. Maklumat perjalanan perlulah dirahsiakan;
vii. Elakkan keluar daripada akomodasi / penginapan selepas jam 6:00 petang sekiranya tiada keperluan; dan
viii. Memaklumkan dan mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Tinggi melalui emel;
ix. Hubungi Pegawai Bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada talian +88 018 4708 2528 sekiranya terdapat sebarang kecemasan.