Events / News Events / News

Back

“FLAG RAISING CEREMONY” SEMPENA HARI MALAYSIA, 13 SEPTEMBER 2019

 

“Flag Raising Ceremony” sempena Hari Malaysia, 13 September 2019

 

Satu sambutan “Flag Raising Ceremony” sempena Hari Malaysia anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh telah diadakan pada 13 September 2019 (Jumaat) bertempat di Rumah Malaysa, Dhaka, Bangladesh.  Turut serta menjayakan sambutan ini adalah rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh dan juga para pelajar Malaysia dari Dhaka Medical College dan Dhaka Dental College.

Upacara didahului dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Fadzle Ismail, Setiausaha Ketiga dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku seiring dengan Jalur Gemilang yang dinaikkan oleh Lt. Kdr. Arif Farhan dari TLDM.  Walaupun keadaan cuaca pada ketika itu tidak mengizinkan, ia tidak menghalang rakyat Malaysia di Bangladesh untuk menyambut dan menjayakan sambutan Hari Malaysia 2019.

Encik Amir Farid Abu Hasan, Pemangku Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh memberikan ucapan sepatah dua kata.