Archives
Back
HARI SUKAN NEGARA 2023 PERWAKILAN SARAJEVO
Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 di Bosnia dan Herzegovina telah dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia pada 17 Oktober 2023 dengan aktiviti senaman ringan dan Morning Walk dari Pejabat Canseri ke Grbavica dan merentasi laluan trek Vilsonovo dan kembali ke Pejabat Canseri sejauh 3.5 km. Laluan Morning Walk ini mempunyai sejarah tersendiri sewaktu perang Bosnia pada tahun 1992 -1995 di mana sungai ini memisahkan sempadan diantara rakyat Bosnia dan Militia Serbia. Jamuan ringan turut disediakan oleh PERWAKILAN Sarajevo selepas aktiviti Morning Walk selesai. Acara ini telah disertai oleh tiga (3) orang kakitangan HBS dan ahli keluarga, serta tujuh (7) LRS.


