Mission News

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA

13 February 2013 104 views

 

A.           CARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI MELALUI POS BAGI  WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH)
 
1.            Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:
 
1.1         Warganegara Malaysia;
 
1.2         Pemilih Berdaftar;
 
 
1.4         Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat dan Yala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.
 
 
2.            Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.
 
3.            Borang 1B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu kaedah penghantaran seperti berikut:
 
3.1         Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my; atau
 
3.2         Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192; atau
 
3.3         Melalui pos ke alamat:
 
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
 
4.            Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1B.
 
5.            Sila lihat panduan untuk mengisi Borang 1B.
 
(*Contoh dan garis panduan mengisi Borang 1B boleh dimuat turun dari laman web SPR: www.spr.gov.my)
 
6.            Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat  dalam Borang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.
 
7.            Warganegara Malaysia yang bermastautin di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla,  Narathiwat dan Yala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.
 
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada Encik Mohd Hussain Bakar, Ketua Canseri (e-mel: mhussain@kln.gov.my) atau Encik Onn Mohamed, Setiausaha Kedua (e-mel: onnmohd@kln.gov.my) di Kedutaan Besar Malaysia, Sarajevo.
 
Sekian, harap maklum.
 
 
 
Kedutaan Besar Malaysia
Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina
 
13 Februari 2013
 
Share:
Link copied to clipboard
Back

Related Articles

You may also be interested in

No Image
Mission News

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗛𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗚𝗘 “𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗚𝗜"

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗛𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗚𝗘 “𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗚𝗜 A beautiful morning celebrating the richness of Malaysian heritage, culture, and culinary traditions. Through the warmth of Malaysian hospitality, traditional delicacies, and meaningful connections, Warisan Pagi brings Friends of Malaysia together to appreciate the beauty of our cultural heritage and the traditions that make Malaysia truly special. Thank you once again for your warmth, support, and wonderful company. We hope you enjoyed the morning as much as we did!

03 November 2026 Read More
No Image
Mission News

𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗖𝗬 𝗚𝗔𝗧𝗛𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚: 𝗛𝗢𝗡𝗢𝗨𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗛𝗘 𝗣𝗔𝗦𝗧, 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗜𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗛𝗘 𝗙𝗨𝗧𝗨𝗥𝗘

The Embassy of Malaysia in Sarajevo successfully hosted The Legacy Gathering, bringing together Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) alumni to celebrate shared experiences, lasting friendships and enduring partnerships. The gathering provided a meaningful opportunity to reconnect, strengthen networks and reaffirm Malaysia's commitment to international cooperation and capacity-building. Thank you to all alumni and distinguished guests for making this occasion memorable. Together, we honour the past and inspire the future.

03 November 2026 Read More
No Image
Mission News

HARI SUKAN NEGARA 2026 - MALAWAKIL SARAJEVO

In conjunction with Hari Sukan Negara 2026, the Embassy of Malaysia in Sarajevo family took a break from the desks to stay active, keep moving, and embrace a healthy lifestyle together. Keeping the team spirit high, the body active, and the minds healthy!

10 October 2026 Read More