Archives
KEMALANGAN KERETAPI MELIBATKAN PELAJAR MALAYSIA DI LONDON, UNITED KINGDOM
KEMALANGAN KERETAPI MELIBATKAN PELAJAR MALAYSIA DI LONDON,
UNITED KINGDOM, 25 JANUARI 2016
Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa seorang pelajar Malaysia telah meninggal dunia akibat kemalangan keretapi di Marble Arch Tube Station, London, United Kingdom pada 25 Januari 2016 jam 6.20 petang.
Jenazah Allahyarham Muhamad Aaron Maseri, pelajar di Middlesex University London, kini ditempatkan di Westminster Public Mortuary bagi proses pengesahan identiti dan siasatan post mortem.
Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhamad Aaron Maseri dan sedang membantu keluarga dalam proses membawa kembali jenazah Allahyarham Muhamad Aaron Maseri ke Malaysia dalam masa terdekat ini.
PUTRAJAYA
27 Januari 2016