Archives
PENGHANTARAN PULANG JENAZAH MANGSA KEMALANGAN DI CHITRADURGA, KARNATAKA, INDIA
PENGHANTARAN PULANG JENAZAH MANGSA KEMALANGAN DI CHITRADURGA, KARNATAKA, INDIA
Susulan daripada kemalangan jalan raya di Chitradurga, Karnataka, India yang mengorbankan pelajar Malaysia, Uthaya Kumar A/L K. Selvaraj pada 27 Januari 2016 yang lalu, Pegawai Konsular dan Pegawai JPA dari Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai bersama-sama waris mendiang telah tiba di Basaveswara Medical College Chitradurga pada 29 Januari 2016 untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah mendiang.
Saudara mara mendiang dari Tamil Nadu, wakil Malacca Manipal Medical College (MMMC), dan seramai kira-kira 40 orang pelajar Malaysia yang merupakan rakan kepada mendiang turut berada bersama-sama di Chitradurga.
Jenazah mendiang akan diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan MH 193 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.00 pagi, 31 Januari 2016.
PUTRAJAYA
30 Januari 2016