Archives
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 DAN HARI MALAYSIA KE-62 PERINGKAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BRASÍLIA, BRAZIL
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68
DAN HARI MALAYSIA KE-62 PERINGKAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BRASÍLIA, BRAZIL
PADA 26 SEPTEMBER 2025 DI PORT VITTORIA, BRASÍLIA
Kedutaan Besar Malaysia di Brasília (Malawakil Brasilia) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62 bertempat di Port Vittoria, Brasília. Majlis ini bertujuan meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia dan pembentukan Malaysia bersama komuniti diplomatik, rakan strategik serta rakan Malaysia di Brazil, di samping memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Brazil yang semakin berkembang.
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Majlis dan Hari Malaysia ini telah dihadiri oleh sekitar 150 hingga 180 orang tetamu, terdiri daripada anggota kor diplomatik, wakil kerajaan Brazil, ahli perniagaan, media tempatan, serta warga Malaysia yang menetap di Brasília dan kawasan sekitarnya. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran PYT Susan Kleebank, Timbalan Menteri Luar Negeri Brazil, sebagai tetamu kehormat bagi sambutan tahun ini. Kehadiran beliau mencerminkan hubungan persahabatan yang erat dan komitmen berterusan ke arah memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Brazil.





