Events / News Events / News

Back

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Tuan Yang Terutama Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah dan isteri, YBhg. Datin Roslina Ismail telah menghoskan satu Jamuan Hari Raya di Rumah Malaysia pada 8 Mei 2022 khusus untuk tetamu kenamaan Kerajaan Negara Brunei Darusssalam. Antara yang hadir termasuk Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Menteri Pertahanan ll, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pembangunan, Peguam Negara, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
 
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, merupakan perayaan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat di Malaysia dan di Negara Brunei Darussalam setelah dua tahun dilanda pandemik COVID-19. Majlis ini mengukuhkan lagi persahabatan di antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam dan dianjurkan dengan pematuhan ketat terhadap Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.