Events / News Events / News

Back

KUNJUNGAN HORMAT BAKAL PESURUHJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE MALAYSIA

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah pada 13 Oktober 2021 menerima kunjungan hormat daripada TYT Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Mohd Saidin, bakal Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia.  Selain membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam, kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk meneruskan kesinambungan kerjasama erat sedia ada antara kedua-dua buah negara.

 

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada TYT Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Mohd Saidin di atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia yang baharu dan mendoakan kelancaran urusan sepanjang bertugas di Malaysia.