Events / News Events / News

Back

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS RA’ES KOLEJ PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN (KUPUSB)

Pada 12 November 2022, TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah telah membuat kunjungan hormat ke atas Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra'es Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Kunjungan hormat yang berlangsung di pejabat Ra’es berkenaan turut disertai oleh Dr. Abang Hadzmin bin Abang Haji Taha, Pemangku Timbalan Ra'es dan Datin Dr. Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh, Pemangku Penolong Ra’es.
 
Semasa pertemuan ini, Dr. Haji Adanan menzahirkan penghargaan kepada Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia di atas jalinan kerjasama yang sangat baik dengan KUPUSB untuk sekian lama. Beliau turut mengambil kesempatan membentangkan secara ringkas Pelan Stratergik KUPUSB termasuk inisiatif bagi pembangunan modal insan yang sedang dan bakal diambil oleh institusi berkenaan. Selain itu, TYT Raja Dato' Reza dan Dr. Haji Adanan juga bertukar-tukar pandangan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara IPT di Malaysia dan KUPUSB khususnya dalam membantu merealisasikan beberapa sasaran di dalam Pelan stratergik institusi berkenaan.