Events / News Events / News

Back

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam hari ini, 8 November 2021 telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam.

 

Pertemuan rasmi TYT setelah penyerahan watikah pelantikan beliau disambut mesra dan dialu-alukan oleh YB Menteri bersama dengan Setiausaha Tetap dan pegawai Kementerian.

 

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan dan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai aspek kerjasama yang berkepentingan bersama dalam bidang sukan, beliau, kebudayaan kesenian, pembangunan wanita dan komuniti.

 

Sebagai negara yang serumpun, kedua-dua pihak bersetuju bahawa banyak lagi bidang baharu yang boleh diterokai demi kepentingan Malaysia-Brunei terutama dalam aspek pemerkasaan belia dan wanita dalam bidang digitalisasi dan keusahawanan, kejurulatihan sukan, industri kreatif dan Bahasa Melayu.  TYT Dato' Raja Reza juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Kepengerusian ASEAN oleh Brunei bagi tahun 2021.