Events / News Events / News

Back

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam hari ini, 10 November 2021 telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam bertempat di Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

 

Dalam pertemuan tersebut, TYT Dato' Raja Reza dan YB Menteri Kesihatan berbincang dan bertukar-tukar pandangan dalam aspek diplomasi kesihatan terutamanya perkembangan terkini di kedua-dua buah negara dalam menangani pandemik COVID-19 dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Brunei.

 

TYT turut mempromosikan pelancongan kesihatan Malaysia dan berkongsi tentang Roadmap Pembangunan Vaksin di Malaysia.

 

Sebagai negara sahabat, kedua-dua pihak menekankan bahawa Malaysia dan Brunei Darussalam saling memerlukan antara satu sama lain terutamanya dalam mengukuhkan lagi kerjasama pasca COVID-19 bagi memulihkan pelbagai aspek kehidupan dalam norma baharu.

 

TYT Dato' Raja Reza juga memuji usaha berterusan Kerajaan Negara Brunei Darussalam terutamanya Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapannya dalam menangani gelombang kedua COVID-19 di negara ini.