Events / News Events / News

Back

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah pada 11 November 2021 telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat (YB) Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam bertempat di Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

YB Menteri Pendidikan mengalu-alukan kehadiran TYT Dato' Raja Reza dengan berkongsi perkembangan pendidikan dalam era pandemik COVID-19 dan bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan kemahiran di kedua-dua buah negara.

 

TYT Dato' Raja Reza memuji usaha-usaha berterusan oleh Kementerian Pendidikan dalam mempersiapkan para pelajar untuk sesi persekolahan secara fizikal dalam norma baharu seperti memulakan program vaksinasi bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas mulai 8 November lalu.

 

Keakraban dua negara berjiran sejak sebelum Negara ini merdeka diakui oleh kedua-dua pihak dan komitmen yang tinggi diberikan oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia bagi memastikan hubungan akrab ini terus diperkukuhkan terutamanya kerjasama dalam bidang pendidikan.