Events / News Events / News

Back

Kunjungan Hormat Oleh Yang Berhormat Dato' Nolee Ashilin Binti Dato' Mohd Radzi

Pada hari ini, 24 Ogos 2017, jam 3.30 petang, TYT Datuk Ghulam Jelani Bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam telah menerima kunjungan hormat oleh Yang Berhormat Dato' Nolee Ashilin Binti Dato' Mohd Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.

 

YB Dato Nolee sedang dalam Lawatan Kerja ke Negara Brunei Darussalam bagi mempromosi Tourism Perak di Negara Brunei Darussalam.

 

Hadir sama semasa kunjungan hormat tersebut ialah Tuan Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib, Pengarah, Pejabat Tourism Malaysia di Negara Brunei Darussalam dan Encik Herman Hardynata Ahmad, Setiausaha Pertama (Politik), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.