Events / News Events / News

Back

LARIAN HARI KEBANGSAAN KE-34, 2018, SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Seramai 2,122 orang telah menyertai Larian Hari Kebangsaan 2018 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 yang diadakan serentak di keempat-empat daerah, hari ini.

 

Di Daerah Brunei dan Muara, larian yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien telah disertai seramai 1,591 orang peserta.

 

Hadir mengetuai acara keraian dan kesukanan di daerah ini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Puan Rafedah Abdul Aziz, Menteri Penasihat serta bebarapa orang Home Based Staff (HBS) dan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT).

 

Berikut adalah antara gambar yang diambil semasa acara berlangsung.