Events / News Events / News

Back

Lawatan Hari Raya Ke Penjara Maraburong, Penjara Jerudong dan Penjara Wanita Jerudong

Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah mengadakan lawatan  hari raya ke Penjara Maraburong, Penjara Jerudong dan Penjara Wanita Jerudong pada 31 Julai 2017.  Lawatan yang disertai oleh para pegawai HBS dan KAT ini diketuai oleh En. Herman Hardynata Ahmad, Setiausaha Pertama (Politik), Malawakil Bandar Seri Begawan. 

 

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah sebagai tanda prihatin terhadap warganegara Malaysia yang sedang menjalani hukuman dan seterusnya dapat menceriakan mereka yang sekian lama merindukan tanah air.  Lawatan hari raya tidak lengkap tanpa buah tangan hari raya iaitu nasi impit, rendang daging dan kuih-muih yang disediakan dan disumbangkan oleh kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.