Events / News Events / News

Back

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI

Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan pada 23 April 2022 telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama 30 orang anak yatim. Majlis ini telah dianjurkan dengan kerjasama Alumni Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) di Brunei.
 
Semasa Majlis ini, TYT Dato’ Raja Reza telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada warga kerja STM, PETRONAS Carigali Brunei Ltd. dan RHB Bank Brunei.
 
Selain warga STM dan keluarga serta alumni MTCP, Majlis turut dihadiri oleh Country Head PETRONAS Carigali Brunei Ltd, Ketua Pegawai Esekutif RHB Bank Brunei berserta kakitangan serta ketua-ketua kampung yang terlibat.
 
Semoga sumbangan ini akan memberi keceriaan kepada anak-anak yang diraikan dan membantu persiapan untuk menyambut lebaran yang bakal menjelang tiba.