Events / News Events / News

Back

MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA MALAYSIA DI BRUNEI DARUSSALAM

Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Keluarga Malaysia pada 8 April 2022. Majlis yang diadakan dengan pematuhan sepenuhnya peraturan yang dikuatkuasakan oleh Negara Tuah Rumah ini berlangsung di Dewan Serbaguna STM dan dihadiri oleh Ahli-ahli PKMS, Persatuan Warganegara Malaysia (PWM) serta rakyat Malaysia di Brunei Darussalam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama.
 
Selain berbuka puasa, Keluarga Malaysia mengimarahkan Ramadhan dengan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil serta menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Terawih berjemaah.
 
STM merakamkan sekalung penghargaan kepada tetamu yang hadir ke Majlis ini. Ia telah mengukuhkan lagi semangat Keluarga Malaysia di negara ini.
 
Salam Ramadhan dari Keluarga Malaysia di Brunei Darussalam.