Events / News Events / News

Back

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan pada 22 April 2022 telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Dewan Serbaguna, STM.
 
Di dalam majlis berkenaan, TYT Dato’ Raja Reza dan isteri telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai dan kakitangan STM yang terlibat di dalam Program Tadarus Al-Quran yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama diikuti dengan Solat Maghrib, Isya serta Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.
 
Di bulan yang penuh berkah ini, umat Islam berlumba-lumba mengumpul pahala dengan memperbanyakkan amal ibadah. Salah satu ibadah yang dianjurkan untuk diamalkan di bulan yang mulia ini adalah Tadarus Al-Quran.