Events / News Events / News

Back

Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Polo Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-50 tahun menaiki takhta serta sempena menyambut Hari Ulang Tahun Polo Diraja Brunei ke-40

12 Okt. 2017 – Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Polo Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-50 tahun menaiki takhta serta sempena menyambut Hari Ulang Tahun Polo Diraja Brunei ke-40.  Majlis makan malam ini telah diadakan di Royal Berkshire, Jerudong.

 

Sebanyak empat pasukan bersaing dalam kejohanan berkenaan iaitu Malaysia, Filipina, Thailand dan Brunei Darussalam, telah berlangsung di Royal Brunei Polo Club, Jerudong Park. Pasukan Polo Brunei 1 telah menjadi juara dan menerima Piala Kejohanan yang telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.