Events / News Events / News

Back

Majlis Makan Tengah Hari meraikan Puan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia yang akan menamatkan perkhidmatan di Negara Brunei Darussalam

Bandar Seri Begawan, 9 November 2017 – Pada hari ini Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan isteri YBhg. Datin Rusziah Hj. Ghulamdin telah meraikan Puan Yang Terutama Nurul Qomar, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam di Majlis Makan Tengah Hari di kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.  Puan yang Terutama Nurul Qomar akan menamatkan perkhidmatan beliau di Negara Brunei Darussalam pada hujung November 2017.

 

Turut hadir semasa Majlis Makan Tengah Hari tersebut ialah Encik Arko Hananto Budiadi, Menteri Kedutaan, Kedutaan Besar Indonesia dan Tuan Kol. CZI Widiyanto, Attaché Pertahanan Kedutaan Besar Indonesia.