Events / News Events / News

Back

MAJLIS MENGADAP DI ISTANA NURUL IMAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI

TYT Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah dan isteri, YBhg Datin Roslina Ismail pada 2 Mei 2022 menghadiri Majlis Mengadap dan Ziarah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. Berangkat mencemar duli ke majlis ini ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wadaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan kerabat diraja.
 
Majlis yang diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri turut dihadiri oleh Menteri-menteri Kabinet, Ketua-ketua Perwakilan asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Ia telah memberikan kesempatan kepada para jemputan untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya di samping mempereratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.