Events / News Events / News

Back

Majlis Perpisahan Untuk Cik Jawariah Judin, Pembantu Setiausaha Pejabat Yang Akan Bersara Wajib

Bandar Seri Begawan, 22 Mac 2018 -  Satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan bagi Cik Jawariah Judin, Pembantu Setiausaha Pejabat kepada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi,  yang akan tamat bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan seterusnya pulang ke Malaysia pada 26 Mac 2018.  Cik Jawariah akan bersara wajib pada 22 Mei ini.

 

Majlis telah dihadiri oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, para HBS dan LRS Suruhanjaya Tinggi Malaysia.  Suruhanjaya Tinggi Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau dan seterusnya mengucapkan selamat maju jaya.

 

Berikut adalah antara gambar yang telah diambil semasa majlis berlangsung.