Events / News Events / News

Back

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI KELUARGA MALAYSIA

Kemesraan Keluarga Malaysia di Brunei Darussalam dipereratkan lagi dengan penganjuran Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Serbaguna Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) pada 21 Mei 2022. Majlis yang diadakan dengan pematuhan sepenuhnya kepada peraturan yang ditetapkan oleh Negara Tuan Rumah dihadiri sekitar 300 orang rakyat Malaysia di negara ini yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang.
 
Turut diraikan adalah 35 pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dan ahli keluarga yang menjadi tetamu khas di dalam Majlis ini. TYT Dato’ Raja Reza dan komuniti Malaysia turut menyampaikan duit raya kepada golongan berkeperluan khas ini yang diharapkan dapat membawa keceriaan kepada mereka.
 
Pihak STM merakamkan penghargaan kepada Persatuan Warganegara Malaysia (PWM) di atas kerjasama dalam menganjurkan Majlis ini dan semua tetamu yang hadir serta berharap hubungan silaturahim ini akan terus berkekalan.