Events / News Events / News

Back

Majlis Resepsi Sempena Hari Kebangsaan Malaysia 2017

Selasa 19 September 2017, jam 8.00 malam, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Malaysia serentak dengan Hari Malaysia 2017.  Majlis yang gilang gemilang itu telah dihadiri oleh hampir 300 orang tetamu.  Tetamu Kehormat sebagai wakil Kerajaan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan dan isteri Yang Mulia Datin Hajah Sarimah Haji Umar.

 

Ketibaan Tetamu Kehormat dan isteri di Indera Samudera Hall, The Empire Hotel and Country Club, Jerudong telah disambut oleh Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan isteri Yang Berbahagia Datin Rusziah binti Haji Ghulamdin. Mengiringi Tetamu Kehormat dan isteri ke meja utama majlis ialah pasukan muzik beg paip dari Pasukan 20 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia, Miri, Sarawak.  Sejurus tiba di meja utama, semua tetamu sama-sama berdiri menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan diikuti dengan Lagu Negaraku.  Semasa lagu dinyanyikan, bendera Negara Brunei Darussalam dan Jalur Gemilang telah dinaikkan oleh Pasukan 20 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia, Miri, Sarawak.

 

Selepas doa dibacakan oleh Tn. Haji Ibrahim Seddiqi Bin Talib, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman. Cenderamata disampaikan sebagai tanda kenang-kenangan buat Tetamu Kehormat dan isteri.  Tetamu Kehormat, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serta Ketua Perwakilan Negara-Negara ASEAN telah sama-sama menyempurnakan majlis memotong kek.

 

Para tetamu menjamu selera dengan hidangan istimewa citarasa Malaysia sambil dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.  Seramai 14 orang para penari termasuk seorang pengurus kumpulan dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah menjayakan persembahan bertema 1Malaysia yang mengetengahkan tarian-tarian dari pelbagai etnik di Malaysia yang menyemarakkan lagi majlis resepsi pada malam itu.

 

Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil semasa majlis berlangsung.

 

TYT Pesuruhjaya Tinggi dan Tetamu Kehormat masuk ke dewan dengan diiringi oleh Pasukan Muzik Beg Paip dari Pasukan 20 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia, Miri, Sarawak.

 

 

 TYT Pesuruhjaya Tinggi menyampaikan ucapan beliau.

 

 

 

Tetamu Kehormat dan TYT Pesuruhjaya Tinggi menyempurnakan majlis memotong kek sambil disaksikan bersama oleh Ketua Perwakilan Asing Negara-negara ASEAN.

 

 

 

Sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

 

 

 

 Antara tetamu yang hadir di majlis resepsi tersebut.

 

 

 

PERWAKILAN Suruhanjaya Tinggi Malaysi Bandar Seri Begawan bergambar bersama YBhg. Datin Rusziah Hj. Ghulamdin, Pengerusi PERWAKILAN Suruhanjaya Tinggi Malaysia Bandar Seri Begawan.

 

 

 Jalur Gemilang dikibarkan semasa Lagu Jalur Gemilang berkumandang.

 

 

 

 Antara tetamu yang hadir.

 

 

 

 Antara HBS dan LRS yang bertugas.

 

 

 
Warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia Bandar Seri Begawan bersama Kumpulan Kebudayaan, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.