Events / News Events / News

Back

PAMERAN PENDIDIKAN BELAJAR DI MALAYSIA

Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS) telah menganjurkan Pameran Pendidikan Belajar di Malaysia pada 13 Ogos 2022 bertempat di The Centerpoint Hotel. Majlis perasmian pameran ini telah disempurnakan oleh TYT Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah.
 
Pameran pendidikan pertama yang diadakan secara fizikal di negara ini setelah dua tahun tidak diadakan disertai oleh 14 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta Malaysia. Sekitar 500 pengunjung telah melawat pameran ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang pendidikan tinggi secara langsung daripada wakil IPT yang hadir.
 
Pada sebelah malam, STM dan EMGS juga telah menganjurkan Majlis Makan Malam bersama bekas-bekas pelajar dari Brunei yang pernah menuntut di Malaysia bertempat di Restoran Tarindak d’Polo, Jerudong di mana penubuhan Alumni Malaysia di Brunei secara rasmi telah dicadangkan. Tetamu pada majlis makan malam ini turut dihiburkan oleh Aziz Harun, penyanyi kelahiran Brunei yang juga pernah melanjutkan pelajaran di Malaysia.