Events / News Events / News

Back

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Semangat 'Keluarga Malaysa' sentiasa tersemat dalam jiwa rakyat Malaysia di Negara Brunei Darussalam.  Pada 20 Oktober 2021, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) telah menyerahkan sumbangan berupa barangan makanan asas kepada rakyat Malaysia di Negara Brunei Darussalam yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19 di negara ini.

 

Maljlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.  Turut hadir semasa sesi penyerahan yang diadakan secara 'pandu lalu' adalah Tuan Haji Shahadan Abdol, Yang Di-Pertua PKMS, pegawai-pegawai STM serta wakil dari PKMS.

 

STM berharap agar kerjasama seperti ini diteruskan di masa hadapan dalam memelihara kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di negara ini.