Events / News Events / News

Back

Penyertaan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan ke Acara Treasure Hunt Anjuran Radio Televisyen Brunei (RTB)

Radio Televisyen Brunei (RTB) menerusi rangkaian radio Pilihan FM telah mengadakan acara tahunan mereka iaitu Pilihan FM Roadshow pada 14 Januari 2018.  Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mendekatkan lagi Pilihan FM dengan masyarakat di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya memperkenalkan Brunei Darussalam kepada masyarakat antarabangsa terutamanya ASEAN dan negara-negara lain melalui pelbagai aktiviti yang antaranya ialah Treasure Hunt di Bandar Seri Begawan.

 

Acara Treasure Hunt ini disertai oleh Kakitangan RTB dan dibuka kepada Perwakilan-perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam.  Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah menghantar 4 kumpulan yang terdiri dari Home Based Staff dan Kakitangan Ambilan Tempatan.  Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli.  Acara Treasure Hunt ini bermula seawal jam 8 pagi di Central Concourse, Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.

 

Tetamu Kehormat bagi acara tahunan ini ialah Yang Mulia Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu, Pengarah Radio Televisyen Brunei.

 

Berikut adalah antara gambar yang diambil semasa acara berlangsung.