Events / News Events / News

Back

PERBINCANGAN DENGAN PIHAK SIRIM

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah pada 28 September 2021 mengadakan perbincangan di atas talian bersama-sama YBhg. Dato' Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad serta pegawai-pegawai kanan SIRIM.

 

Selain merupakan sesi penerangan mengenai SIRIM, perbincangan juga menjurus kepada usaha meneroka potensi kerjasama antara SIRIM dan agensi berkaitan di Negara Brunei Darussalam.

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia mengalu-alukan cadangan untuk SIRIM mengadakan kerjasama dengan pihak Brunei Darussalam dan sentiasa bersedia untuk membantu menjayakan kerjasama yang boleh dilaksanakan.