Events / News Events / News

Back

PERTEMUAN BERSAMA REKTOR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah pada 2 November 2021 telah mengadakan pertemuan bersama Dr. Haji Norarfan Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di pejabat beliau.  Di dalam sesi pertemuan ini, kedua-dua pihak berbincang secara mendalam mengenai kerjasama UNISSA dengan Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

 

Mengambilkira UNISSA telah menandatangani 25 Memorandum Persefahaman dengan IPT di Malaysia setakat ini serta terdapat rakyat Malaysia yang menjadi kakitangan akademik di Universiti berkenaan, Dr. Haji Norarfan Haji Zainal menzahirkan harapan agar perkongsian kepakaran ini diteruskan khususnya dalam usaha UNISSA untuk menubuhkan Fakuti Pertanian dalam masa terdekat.