Events / News Events / News

Back

PERTEMUAN DENGAN YANG DIPERTUA DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah pada 21 Oktober 2021 telah mengadakan pertemuan dengan YB Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arsad, Yang DiPertua Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB).  Selain taklimat ringkas mengenai DPPMB, perbincangan kedua-dua pihak menjurus kepada kerjasama antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

 

Berhadapan dengan cabaran pasca pandemik, DPPMB menzahirkan minat untuk terus memperluas kerjasama dengan komuniti perniagaan di Malaysia untuk manfaat kedua-dua buah negara dan mengharapkan kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan dalam menjayakan perkara ini.  TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah menegaskan bahawa STM sentiasa komited untuk menghubungkan perniagaan-perniagaan bagi kedua-dua negara selaras dengan status Malaysia sebagai antara rakan dagangan terbesar bagi Negara Brunei Darussalam.