Events / News Events / News

Back

PROGRAM DERMA DARAH

Keprihatinan keluarga besar Malaysia di Negara Brunei Darussalam jelas terpancar pada 2 Oktober 2021 apabila seramai 74 orang rakyat Malaysia yang sedang menetap di negara ini tampil untuk menderma darah.  Program Derma Darah ini adalah kerjasama antara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, Persatuan Warganegara Malaysia (PWM) dan Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

 

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah mengetuai rakyat Malaysia untuk menderma darah di dalam program ini.  Menurut TYT Dato' Raja Reza, program ini adalah untuk menyahut seruan Pusat Pendermaan Darah yang difahamkan pada masa kini berhadapan masalah kekurangan bekalan darah.

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat dan mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.