Events / News
Back
PROGRAM MEMASAK DAN SUMBANGAN BUBUR LAMBUK
Semangat Keluarga Malaysia jelas kelihatan pada 17 April 2022 apabila Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) berganding bahu menganjurkan Program Memasak dan Sumbangan Bubur Lambuk. Program yang disertai oleh warga kerja STM, ahli-ahli PKMS serta rakyat Malaysia di Brunei ini telah berjaya menyediakan lebih 3,000 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan serta masjid-masjid di sekitar Bandar Seri Begawan.
Semasa program berkenaan, TYT Dato’ Raja Reza dan isteri mewakili Keluarga Malaysia turut menyerahkan bubur lambuk kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di lokasi memasak bertempat di Restoran Amanah Harith, Jerudong.
STM merakamkan penghargaan di atas kerjasama dan sumbangan oleh PKMS dalam menjayakan program ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |