Events / News Events / News

Back

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

TYT Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah dan isteri pada 30 Mei 2022 menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam di International Convention Centre (ICC).Tetamu Kehormat bagi majlis berkenaan adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan YB Dato Seri Setia Haji Erywan Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Majlis turut dihadiri oleh Ketua-ketua Perwakilan Asing dan kakitangan kementerian tersebut berserta keluarga mereka.