Events / News Events / News

Back

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 Malawakil Bandar Seri Begawan

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara pada hari Ahad, 12 November 2017 di Taman Sir Omar Ali Saifuddien (SOAS) Bandar Seri Begawan.

 

Hari Sukan Negara di peringkat Perwakilan pada tahun 2017 ini dibuat bersekali dengan Acara Larian Jubli Emas di Bandar Seri Begawan. Ini adalah kerana semua Home-Based Staff (HBS)  dan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) Perwakilan telah dijemput untuk turut serta di dalam acara tersebut yang melibatkan acara larian kategori 10km (Lelaki/Wanita) dan Fun Run 4km.

 

Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara peringkat Perwakilan Bandar Seri Begawan pada tahun ini telah disertai oleh lebih kurang 80 orang yang terdiri dari pegawai dan keluarga HBS dan  KAT Perwakilan yang turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan lebih kurang 35 orang warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Negara Brunei Darussalam.

 

Timbalan Pengarah, Tourism Malaysia Brunei dan anak beliau telah berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur selepas tamat acara Larian Jubli Emas tersebut.

 

Berikut adalah antara gambar yang telah diambil semasa sambutan berlangsung.