Events / News Events / News

Back

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2022

Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) pada 2 Oktober 2022. Sekitar 200 orang ‘Keluarga Malaysia’ di Brunei Darussalam telah menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan seperti 'brisk walking', zumba, Pertandingan tarik tali dan permainan kanak-kanak.
 
Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh TYT Dato’ Raja Reza dan isteri. Dalam ucapannya, TYT Dato’ Raja Reza menyeru supaya komuniti Malaysia di negara ini mengamalkan budaya gaya hidup sihat bagi merealisasikan hasrat dan inspirasi untuk menggalakkan rakyat Malaysia sentiasa aktif bersukan.
 
Bagi sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini, STM merancang untuk menganjurkan beberapa aktiviti sukan sepanjang bulan Oktober 2022 seperti pertandingan sukan tradisional, badminton, bola jaring dan golf bagi komuniti Malaysia di Negara ini.