Events / News Events / News

Back

SUMBANGAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI PUSAT PENGASINGAN KEBANGSAAN TUTONG

 

Sebanyak 300 bungkus makanan tengah hari disumbangkan kepada petugas-petugas barisan hadapan di Pusat Pengasingan Kebangsaan (NIC), Tutong pada 29 September 2021.  Sumbangan ini adalah kerjasama antara Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan dan Alumni Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) di Negara Brunei Darussalam.

 

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.   Sumbangan diterima oleh Tuan Abdul Mu'iz Haji Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif bagi pihak NIC Tutong.  Selain pegawai-pegawai STM, penyerahan sumbangan turut disertai Alumni MTCP di Negara Brunei Darussalam.

 

Sumbangan ini adalah simbol penghargaan dan sokongan kepada Petugas Barisan Hadapan di Negara ini dalam mengekang wabak Covid-19.