Events / News Events / News

Back

SUMBANGAN KEPADA PUSAT PENGASINGAN KOMUNITI TEMBURONG

Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan terus memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam mengekang penularan wabak Covid-19.  Hari ini, 3 November 2021, STM telah menyerahkan sumbangan berbentuk makanan dan keperluan asas kepada pesakit-pesakit Covid-19 khususnya kanak-kanak yang sedang menjalani pengasingan di Pusat Pengasingan Komuniti (CIC) Temburong.

 

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah mewakili seluruh warga STM.  Menerima bagi pihak CIC adalah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad Rahimin bin Haji Ismail.  Semoga sumbangan ini akan membantu CIC dalam mengurus pandemik ini dan membawa keceriaan kepada pesakit-pesakit di CIC.