Events / News Events / News

Back

Ziarah Mahabbah oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 8 Nov. 2017

Pada hari ini Selasa, 7 November 2017, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani Bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam telah menerima ziarah mahabbah oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di pejabat beliau di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.

 

Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri buat masa ini sedang dalam lawatan kerja di Bandar Seri Begawan atas jemputan Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Forum Perdana, Majlis Ilmu 2017 sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun.