Head of Mission Head of Mission

 

  

TYT RAJA DATO' REZA RAJA ZAIB SHAH

 

TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam yang ke-16. Beliau menyerahkan Watikah Pelantikan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021.

 

TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya pada tahun 1989. Beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 1 Jun 1990.  Setelah itu, beliau berkhidmat di firma guaman selama empat tahun. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Selain itu, TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah juga pernah mengikuti kursus Sistem Pelbagai Hala di United Nations University, Tokyo pada tahun 1999.

 

TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada Januari 1996 sebagai Penolong Setiausaha (Hubungan Perdagangan Pelbagai Hala) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudiannnya bertukar ke Kementerian Luar Negeri pada tahun 1997 dan pernah memegang pelbagai jawatan termasuklah Setiausaha Bahagian Kelamatan Pelbagai Hala (2011-2013) dan Setiausaha Bahagian Asia Barat (2017-2018).

 

TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah juga pernah bertugas di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negari sebagai Setiausaha Kedua di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva (2000-2003), Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta (2007-2011) dan Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York (2013-2016). Beliau dilantik sebagai Duta Besar ke Ukraine pada tahun 2018-2021 di mana beliau turut ditauliahkan secara serentak sebagai Duta Besar Malaysia ke Georgia.

 

Hasil perkahwinan dengan YBhg. Datin Roslina Ismail, TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah dikurniakan tiga  anak.

 

TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2015, serta Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) pada 2003 daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

 

 

 

His Excellency Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah

H.E. Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah is the 16th High Commissioner of Malaysia to Negara Brunei Darussalam.  He presented his letters of credence to His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam on 11th October 2021.

 

His Excellency read law and graduated with a LLB (Hons) degree from the University of Malaya in 1989.  He was admitted to the MalaysianBar on 1 June 1990 and thereafter praticed law for 4 years.  He also has a Diploma in Public Management from the National Institute of Public Administration (INTAN).  His Excellency also attended a course in the area of multilateral system at the United Nations University, Tokyo in 1999.

 

His Excellency joined the Malaysian Administrative and Diplomatic Service in January 1996.  He held the position as Assistant Secretary (Multilateral Trade Relations) at the Ministry of International Trade and Industry (MITI) from 1996-1997.  He then moved to the Ministry of Foreign Affairs in 1997.  He has served in various capacities in the Ministry of Foreign Affairs including as Undersecretary of the Multilateral Security Division (2011-2013) and Undersecretary of the West Asia Division (2017-2018).

 

H.E. Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah has also served at Malaysian diplomatic missions abroad as Second Secretary at the Permanent Mission of Malaysia to the United Nations in Geneva (2000-2003), Counsellor at the Embassy of Malaysia in Jakarta (2007-2011) and Deputy Permanent Representative of Malaysia to the United Nations at the Permanent Mission of Malaysia to the United Nations in New York (2013-2016).  His Excellency was appointed as the Ambassador of Malaysia to Ukraine and concurrently accredited as Ambassador of Malaysia to Georgia from 2018-2021.

 

His Excellency is married to Datin Roslina Ismail and they are blessed with three children.

 

H.E. Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah was bestowed with the Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) and Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) awards by His Royal Highness the Sultan of Selangor in 2015 and 2003 respectively.