Skip to Content
MISSION INFO
Address:
No. 61, Simpang 336 Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan 
Telephone: +673-2381096 /97 dan +673-2381101
Consular Operation Hours (Mon-Fri) : 9.00 am - 11.00 am (Submission), 3.00 pm - 4.00 pm (Collection)
Fax: +673-2381278 dan +673-2382348
Email: mwbrunei@emel.kln.gov.my Facebook : highcommissionofmalaysiabrunei Instagram : mwbandarseribegawan
GMT: + 8 hrs
Working Days: Mon-Thurs: 8.00 am-12.15 pm, 1.30 pm-4.30 pm
Working Hours: Fri: 8.00 am-12.00 pm, 2.15 pm-4.30 pm
Public Holidays: Saturday, Sunday & Certain Public Holidays

 

News From Mission News From Mission

Back

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA HAKIM SYARIE, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TYT Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah hari ini, 8 Disember 2021 membuat kunjungan hormat ke atas Yang Amat Arif (YAA) Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syarie Negara Brunei Darussalam di pejabat beliau.  Pertemuan ini turut disertai oleh Yang Arif Pengiran Dato Hj Mohd Tashim bin Pengiran Hj Hassan, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Yang Arif Hj Muhd Bahrin bin Hj Alias, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

 

Di dalam pertemuan yang berlangsung penuh mesra ini, kedua-dua pihak berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama yang terjalin antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kehakiman Negara Brunei Darussalam. YAA Ketua Hakim Syarie menzahirkan penghargaan di atas hubungan erat dan segala bantuan yang diberikan oleh JKSM. Beliau turut mengalu-alukan usaha untuk memperkukuh kerjasama sedia ada dan memberi komitmen agar deraf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikemukakan oleh JKSM dapat dimeterai dalam masa terdekat.