Skip to Content
MISSION INFO
Address:
No. 61, Simpang 336 Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan 
Telephone: +673-2381096 /97 dan +673-2381101
Consular Operation Hours (Mon-Fri) : 9.00 am - 11.00 am (Submission), 3.00 pm - 4.00 pm (Collection)
Fax: +673-2381278 dan +673-2382348
Email: mwbrunei[at]kln[dot]gov[dot]my Facebook : highcommissionofmalaysiabrunei Instagram : mwbandarseribegawan
GMT: + 8 hrs
Working Days: Mon-Thurs: 8.00 am-12.15 pm, 1.30 pm-4.30 pm
Working Hours: Fri: 8.00 am-12.00 pm, 2.15 pm-4.30 pm
Public Holidays: Saturday, Sunday & Certain Public Holidays

 

News From Mission News From Mission

Back

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGERI II, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah hari ini, 12 Oktober 2021 telah membuat kunjungan hormat ke atas YB Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam di pejabat beliau.

 

Pertemuan rasmi pertama TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dengan YB Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof berlangsung dengan penuh mesra.

 

Di dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan secara mendalam dan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam demi kepentingan bersama kedua-dua buah negara termasuk meneroka potensi kerjasama dalam mendepani cabaran pasca COVID-19.   TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah juga memberikan pujian kepada Negara Brunei Darussalam dalam mengemudikan ASEAN pada tahun 2021.