Skip to Content
MISSION INFO
Address:
No. 61, Simpang 336 Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan 
Telephone: +673-2381096 /97 dan +673-2381101
Consular Operation Hours (Mon-Fri) : 9.00 am - 11.00 am (Submission), 3.00 pm - 4.00 pm (Collection)
Fax: +673-2381278 dan +673-2382348
Email: mwbrunei@kln.gov.my Facebook : highcommissionofmalaysiabrunei Instagram : mwbandarseribegawan
GMT: + 8 hrs
Working Days: Mon-Thurs: 8.00 am-12.15 pm, 1.30 pm-4.30 pm
Working Hours: Fri: 8.00 am-12.00 pm, 2.15 pm-4.30 pm
Public Holidays: Saturday, Sunday & Certain Public Holidays

 

News From Mission News From Mission

Back

MAJLIS RAMAH MESRA AIDIL FITRI DI KUALA BELAIT

TYT Dato’ Raja Reza dan isteri serta warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) pada 31 Mei 2022 telah menyantuni ‘Keluarga Malaysia’ di daerah Kuala Belait dalam majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri bertempat di Hotel V Plaza, Kuala Belait. Penganjuran majlis yang julung kali diadakan di daerah berkenaan adalah kerjasama antara STM, Sapura Energy, Hotel V Plaza dan Persatuan Kebajikan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS).
 
Sekitar 130 ahli Keluarga Malaysia yang rata-ratanya menetap di daerah ini hadir memeriahkan majlis. Selain beramah mesra dalam suasana Hari Raya, majlis ini turut menjadi plaftorm sesi dialog antara tetamu dan pegawai-pegawai STM.
 
Pihak STM merakamkan sekalung penghargaan kepada tetamu yang meluangkan masa untuk hadir serta semua pihak yang menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk menjayakan majlis ini.